Selasa, 25 Mei 2010

KAEDAH PEMULANGAN WANG



Nilai bayaran balik adalah bersamaan dengan 90 % dari nilai produk. Smart Herbs Sdn Bhd akan menghantar bayaran balik dalam bentuk cek berpalang dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pulangan tersebut.

KAEDAH PEMULANGAN STOK


“Produk yang dalam keadaan asal dan dengan kualiti yang boleh diperdagangkan” bermakna Produk-produk tersebut masih berada di pasaran (di mana pengeluarannya belum diberhentikan), tanda harga masih belum koyak atau comot, Produk belum pernah dibuka dan sebagainya. 

Smart Herbs Sdn Bhd berhak untuk menolak sebarang pulangan Produk yang tidak memenuhi spesifikasi atau keadaan sedemikian.

Pengedar mesti melengkapkan Borang Belian Balik Pengedar di mana-mana cawangan Stokis Smart Herbs Sdn Bhd. 

Produk yang dipulangkan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

(a) bil tunai / invois yang berkenaan (hanya salinan asal dianggap sah)

POLISI BELIAN BALIK



Skop dan tempoh pemulangan stok :

Smart Herbs Sdn Bhd mengamalkan Polisi Beli Balik demi menjamin kepuasan maksimum para Pengedar di bawah naungannya. Polisi ini membenarkan setiap Pengedar memulangkan Produk Smart Herbs Sdn Bhd dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian. Produk yang dikembalikan mestilah masih dalam keadaan asal dengan kualiti yang boleh diperdagangkan. Pengembalian wang akan dibuat 30 hari dari barang-barang tersebut dikembalikan.

KONTRAK JUALAN LANGSUNG



Semua kontrak jualan adalah tertakluk kepada tempoh 10 hari bertenang seperti yang termaktub dalam Bahagian IV dan V Akta Jualan Langsung 1993.

Tiada sebarang penghantaran dan pembayaran yang perlu di buat dalam tempoh tersebut melainkan pelanggan dengan sukarela membatalkan tempoh 10 hari bertenang secara mengisi notis penamatan kontrak jualan tersebut dan menyerahkannya kepada Stokis / Center.  Borang Kontrak Jualan Langsung dan Notis Penamatannya adalah seperti yang tertera dalam lampiran 1.

KENAIKAN PERATUS UNTUK PENGIRAAN BONUS


Setiap ahli bermula dengan kedudukkan Bonus Rangkaian pada 0.4%. Jualan 2 kotak setiap bulan akan menaikkan kedudukan nilai % Bonus Rangkan sebanyak 0.4 %. 


Jualan (Kotak kopi)
2
2
2
2
% Bonus semasa MLM
0.4
0.8
1.2
1.6

BONUS JUALAN UNTUK CENTER (BONUS 5)


Bonus untuk Center berjumlah 9.1% dari jumlah jualannya pada harga ahli. Bilangan Center adalah terhad dan diagih mengikut taburan penduduk.

Contoh pengiraan:

Harga Stokis /Center untuk setiap kotak kopi pra campuran adalah RM 20.00 dan di jual kepada ahli pada harga RM 22. Keuntungan sebanyak RM2 untuk setiap kotak akan diperoleh oleh Stokis/Center.



Jumlah Jualan Kotak
Nilai Pasaran
Bonus @ 9.1%
1
$22.00
$2.00
10
$220.00
$20.00
100
$2,200.00
$200.20
1,000
$22,000.00
$2,002.00
10,000
$220,000.00
$20,020.00
100,000
$2,200,000.00
$200,200.00

BONUS PANGKAT ATAU PERKONGSIAN (BONUS 4)


Bonus yang diperuntukkan untuk bonus ini adalah 17% daripada jualan syarikat. Syarat kenaikkan pangkat dan peratus CTO yang diperuntukkan untuk membayar Bonus Pangkat adalah seperti berikut: 

PANGKAT
SYARAT RANGKAIAN UNTUK KENAIKKAN PANGKAT
PERATUS DARI CTO UNTUK BONUS PKT.
Star Crown Director (SCD)
3 CD dalam rangkaian
2
Crown Director (CD)
3 DD dalam rangkaian
3
Diamond Director (DD)
6 DD dalam rangkaian
3
Platinum Director (PD)
9 GD dalam rangkaian
3
Gold Director (GD)
Taja 9 Eksekutif
3
Executive
Taja 9 ahli
3
JUMLAH PERATUS
17


Bonus yang diperuntukkan untuk setiap pangkat akan dikongsi oleh ahli yang sama pangkat mengikut kaedah pengiraan yang bergantung kepada jumlah jualan 10 level di bawah ahli tersebut. 


Nama Ahli
Jumlah jualan 10 level dibawah Ahli (RM)
Nilai mata
A
3000
3000/24,790
B
5000
5000/24,790
C
100
100/24,790
D
10000
10000/24,790
E
1200
1200/24,790
F
480
480/24,790
G
1100
1100/24790
H
210
210/24,790
I
1200
1200/24,790
J
100
100/24,790
K
2400
2400/24,790
Jumlah
24,790


Contoh Pengiraan bonus pangkat:

Contoh pengiraan untuk A adalah berpandukan kepada contoh carta di atas. Andaian jualan syarikat/CTO adalah RM 500,000.00. Andaian A berada dalam kelompok pangkat GOLD DIRECTOR.
3 peratus dari CTO atau RM 15,000.00 adalah diperuntukkan untuk bonus Pangkat tersebut. 

Maka pendapatan A adalah seperti berikut: 

Pendapatan Bonus Pkt. Bagi A =3%xCTOx nilai mata untuk A
=3%xRM 500,000 x (3000/24,790)
=RM1,815.24